
Dek kerana penangan drama Akasia Tiramisu lakonan Pierre Andre dengan Syarifah Amani, tetiba rasa mengidam nak makan kek Tiramisu yg khabarnya sgt lazat lagi menyelerakan.Harap-harap macam tu la kan since i've never try it before. Kalau dilihat pada pic nya, mmg nampak meng'iur'kan. Tertelan-telan air liuq ni.:)

jom kita tengok resipi kek Tiramisu.Maybe i can try it.hee~
SUMBER PERTAMA
Ingredient:
~125gm keju mascarpone
~3 biji kuning telur
~250ml krim putar
~60gm gula
~1 liter air
Cara2:
1. Untuk aduan pertama, masukkan keju ke dalam mesin pengadun dan pukul sehingga sebati.
2. Untuk aduan kedua, sediakan mangkuk dan masukkan kuning telur selama 8-9 minit sehingga kuning telur itu kembang dan diketepikan.
3. Kemudian didihkan gula dengan 1 liter air. Tuangkan perlahan-lahan dalam telur tadi. Pukul balik bahan tersebut.
4. Campurkan kedua-dua adunan
5. Sejukkan adunan tadi selama 2 jam dalam bekas kek
6. Hiaskan dengan serbuk koko, whipped cream dan parutan coklat.
7. Siap!!
SUMBER KEDUA
Bahan bahan :
•Bahulu(bergantung kepada saiz acuan(dalam 20 biji)
•250g cream cheese
•250g whipping cream
•150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
•satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
•serbok koko/cokolat utk hiasan
Cara-caranya:
1.Satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang.
2.Celupkan bahulu dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas atau acuan.Bahulu dicelup sebentar saja utk mengelakkan daripada terlalu lembik.
(air nescafe ni hanya utk melembabkan saja dan memberi rasa pahit sikit)
3.Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas bahulu dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan.(nak buat 2 lapisan pun ok.bergantung pada saiz bekas.
4.Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.
**cream cheese yang bagus ialah brand philadelphia.
**Bahulu boleh digantikan dengan kek span berperisa vanila.Boleh jugak perisa lain jika suka.
Disebabkan ada 2 cara,so kite try 2,2 la..itu pun kalau sempatla.hehe
oh ye,cakap pasal dram tiramisu,ptg tadi pelakon drama ni Faizal Yusof baru je meninggal dunia akibat serangan jantung.Al-Fatihah diucapkan pada keluarga arwah.Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin..
No comments:
Post a Comment