Thursday, December 30, 2010

Kebangkitan Harimau Malaya

BOLA SEPAK..
topik utama yang menjadi bualan hangat hampir seluruh rakyat Malaysia bila buat julung kalinya, Malaysia berjaya merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010. Kegembiraan bertambah bila PM Dato Seri Najib mengumumkan Jumaat,31 Disember sbgai cuti umum.
Sekalung tahniah buat skuad kebangsaan bimbingan K.Rajagobal kerana berjaya menumpaskan Indonesia dgn agregat 4-2 walaupun tewas di tempat lwan 2-1.

kemenangan yg sgt bermakna ini membri petanda fenomena bola sepak Malysia kini semakin mendapat sambutan dan sedang kembali ke era kegemilangan yg pernah dikecapi suatu ketika dulu..

kemenangan ini juga mengakhiri penantian kita selama 14 tahun.Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan akhir 2nd leg di Stadium Utama Gelora Bung Karno.Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali membawa pulang trofi selaku penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010. beliau meledak dua gol ketika separuh akhir pertama menewaskan Vietnam 2-0 dan dua gol ketika final pertama menewaskan Indonesia 3-0 di Kuala Lumpur, gelaran penjaring terbanyak menjadi miliknya apabila menjaringkan satu gol ketika final kedua.

sekali lagi,tahniah dan syabas kepada pasukan negara. semoga lebih banyak kejuaraan bakal kita kecapi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment